Sunday, April 24, 2011

Fenomena Kes Kecurian dan Pecah Rumah Membimbangkan di Banting, Kuala Langat

Seperti yang diminta dari kawan kita; Wajie Dragz WTi menyarankan aku supaya membuat satu post mengenai kes kecurian..kecurian pecah rumah amat membimbangkan sekarang di kampung-kampung di banting.

Jadi aku cuba berkongsi disini, dan mungkin anda ada yang berhadapan kes-kes sebegini, boleh berkongsi disini! Sememangnya walau dimana kita menetap aspek keselamatan merupakan asas kesejahteraan dan salah satu elemen yang menentukan kualiti sesebuah kejiranan. Masyarakat menjadi tidak selamat sekiranya insiden jenayah berleluasa dan tidak terkawal. Keadaan sedemikian boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat dan seterusnya kesejateraan dan kualiti kejiranan berkenaan.

Pada umumnya, kejiranan di kawasan pinggir Lembah Klang-Langat boleh dianggap selamat pada 10 tahun lalu. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dilaporkan Lebih 73 peratus ketua isi rumah (KIR) berpendapat kejiranan mereka masih selamat untuk dihuni (Jadual dibawah).


Namun kini, dengan bertambahnya gejala sosial seperti ketagihan dadah, pergaulan bebas, pengangguran, kebanjiran pekerja asing di kawasan kampung-kampung sekitar banting, secara tidak langsung keadaan menjadi semakin agak membimbangkan. Gejala sosial ini sering dikaitkan dengan insiden jenayah seperti kecurian kereta, motorsikal, basikal, kasut dan harta benda yang lain. Kebimbangan isi rumah di sini lebih banyak dikaitkan dengan jenayah pecah rumah dan rompakan diikuti dengan kegiatan samun dan peras-ugut.

Berikut beberapa petikan dari akhbar-akhbar tempatan mengenai kes-kes kecurian yang berlaku di sekitar Banting/ Kuala Langat.

Petikan 27 Januari lalu di Sinar Harian: Lima pelajar sekolah curi motosikal ditahan

KUALA LANGAT: Polis menahan lima remaja termasuk empat yang masih bersekolah, dipercayai anggota kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di sekitar daerah ini, Puchong dan Shah Alam dalam beberapa tangkapan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zulkifli Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 17 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Teluk Datok dan Banting di sini dan Klang dekat sini selepas polis mendapat maklumat berhubung kes kecurian motosikal.

Beliau berkata hasil siasatan kesemua suspek terbabit, polis menemui beberapa rangka motosikal yang enjinnya dipercayai diceraikan oleh kumpulan remaja terbabit. berita penuh: klik sini!

Petikan 27 Januari lalu di Sinar Harian: Jenayah dilapor tidak serius

BANTING -Geng curi motosikal di Pekan Banting berjaya ditumpaskan kelmarin oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui kerjasama kerjasama polis bantuan dan maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, dengan tertangkapnya empat lelaki berkenaan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di daerah itu.

Menurutnya, beliau memuji sikap prihatin orang awam yang benar–benar menunjukkan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes curi motosikal menjadi kerisauan masyarakat turut berpunca daripada kelalaian pemilik motosikal itu sendiri yang tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan pada motosikal masing-masing. berita penuh: klik sini!

Petikan 27 Mac di Berita Keselamatan & PDRM: Kumpulan curi motosikal tumpas

BANTING -Geng curi motosikal di Pekan Banting berjaya ditumpaskan kelmarin oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui kerjasama kerjasama polis bantuan dan maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, dengan tertangkapnya empat lelaki berkenaan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di daerah itu.

Menurutnya, beliau memuji sikap prihatin orang awam yang benar–benar menunjukkan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes curi motosikal menjadi kerisauan masyarakat turut berpunca daripada kelalaian pemilik motosikal itu sendiri yang tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan pada motosikal masing-masing.

“Penunggang motosikal dinasihatkan perlu berwaspada dengan keadaan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika sambutan Hari Polis ke-204 di IPD Kuala Langat, semalam. berita penuh: klik sini!


Apa yang aku lihat kat sini, kes-kes seperti kecurian motor dan pecah rumah, terutama sekali kehilangan motor ini juga banyak melibatkan anak-anak muda di kampung itu sendiri juga. Kebanyakan dari mereka ini kalau dilihatkan dari latar belakang yang 'tidak menghabiskan persekolahan'. Hal sebegini sebenarnya bukan sahaja berlaku di tempat kita tapi juga dialami di tempat lain, Sebagai contoh di kawasan tempat aku, Sungai Buaya...ramai yang aku lihat tidak menghabiskan persekolahan mereka, mereka berhenti setakat tingkatan 1 atau sebelum tingkatan 3. Puas di suruh di marah Ibu Bapa mereka, tapi mereka tak mahu. Jadi apa yang akan berlaku pada budak-budak sebegini....Apakah pekerjaan yang mereka akan lakukan...Adakah meneruskan menurut kerja-kerja yang dilakukan oleh orang tua mereka seperti mengambil upah berkebun atau seangkatan dengannya.

Kalau yang terus mengikut bekerja dengan orang mereka takpe la jugak! Tapi ada tu, terjebak dengan masalah ketagihan dadah dan kes-kes jenayah lain. Ini di sebabkan ketiadaan kerja, Dimana kemahuan mereka yang masih muda untuk mendapat sesuatu untuk keseronokkan seperti motor tidak dapat dipenuhi. Di sini peranan ibu bapa sangat penting, kawal selia anak kita apa yang dilakukan....Mungkin ada yang katakan kita tidak boleh mengongkong! Tapi adakah dengan membiarkan...Itu jalan terbaik! Itu anak kita, kalau buruk yang dilakukan, kita juga yang menanggung sama begitu jua sebaliknya.




Berikut beberapa langkah keselamatan yang simple! tetapi malas sangat kita nak pastikan kepada semua pemilik motorsikal

Kecurian motorsikal semakin berleluasa akhir-akhir ini. Untuk itu, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil antaranya :

1) Pastikan motorsikal berkunci dengan memasang beberapa alat pengunci tambahan (rantai atau pad lock).

2) Meletak motorsikal ditempat terang dan boleh dilihat.

3) Sekiranya melihat individu dalam keadaan mencurigakan, hubungi pihak keselamatan atau AJK yang dikenali

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...