Thursday, May 12, 2011

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Banting



Salam buat warga Banting. Nampaknya sejak beberapa hari ini suhu disekitar negara berada pada tahap yang agak tinggi. Suhu yang agak tinggi tanpa hujan ini menyebabkan suasana yang kurang selesa dikalangan penduduk di Banting. Terutamanya apabila tiba waktu tengahari, bahang terasa macam duduk sebelah unggun api! Tapi tak la dekat sangat, agak jauh lah skit! huhuh. Aku rasa berapa liter padu air jugaklah dah hilang dari badan ini?

Taufan Tropika Aera
Fenomena Taufan Tropika Aera yang sedang melanda di utara Filipina dikatakan sebagai sebab apabila tuafan ini telah meniup anign dari barat daya dan seterusnya mengurangkan kelembapan udara. Bila dah kurang lembap maknanya penghasilan hujan pun kurang, sekaligus membuatkan rasa panas. Panas tanpa hujan telah menghasilkan satu masalah baru iaitu jerebu.

Jerebu
Sejak dua tiga hari ini, keadaaan jerebu dilihat mula menampakkan semakin serius di sekitar negara. Jerebu dah makin serius terutamanya di Selangor ini, apabila perlabuhan kelang mencatatkan catatan IPU yang tertinggi dengan 102 dengan Banting juga dalam sekitar 94-96. Sekiranya keadaan tidak hujan atau angin, mungkin tahapnya tidak banyak berubah, mungkin juga lebih tinggi pada esoknya.


Kategori Tahap IPU

Berikut adalah Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Selangor, yang memperlihatkan Banting mencatatkan bacaan kedua tertinggi selepas Pelabuhan Klang.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tempat-tempat utama seluruh negara. Anda boleh layari laman web Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan ini.

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...