Thursday, July 29, 2010

Sejarah Banting Selangor




Menurut cerita yang disampaikan secara lisan oleh orang-orang terdahulu, kawasan Banting ini dahulunya adalah merupakan sebuah hamparan tanah sawah yang sering digenangi air dan dipanggil tanah paya atau lembah. Petani pada masa itu menggunakan bajak atau tenggala yang diheret oleh “banteng” iaitu sejenis kerbau yang memiliki kekuatan tenaga dan garang. Bermula dari nama kerbau itulah kawasan ini diberi nama Banting.




Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan 101.6' Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat.

Banting terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jumlah penduduk banting adalah sebanyak 48,240 orang. Bandar Banting pesat membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA.

Bandar Banting juga mempunyai tinggalan sejarah yang tersendiri seperti yang terdapat di Pekan Jugra, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Banting. Antara tinggalan sejarah di sini ialah Istana Bandar, Masjid Alauddin, Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad., Pantai Morib dan terbaru Pantai Kelanang. Jugra merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Kini, ia menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negeri.

sumber dari: wikipedia

Ayuh! kita terokai keindahan Banting, Selangor















1 comments:

Consultant, College MCS said...

Jemput-jemput lah ke Kolej kami yer kawan2...

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...