KUALA LANGAT: Sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.
"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes tersebut, Khalid berkata, tiada laporan dibuat mengenainya setakat ini.
"Jika ada, laporkan kepada polis atau datang berjumpa dengan saya sendiri, ceritakan kepada saya apa maksud polis ini dibeli.
"Sudah semestinya perkara ini akan diambil tindakan sekiranya betul. Setakat ini, semuanya sekadar cakap-cakap saja.
"Kita tidak akan melindungi orang-orang kita yang menyeleweng atau mereka yang melindungi orang jahat," tegasnya. Selain itu, laporan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek adalah kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
Khalid berkata, kehilangan warga India dilaporkan kepada polis pada 8 September lalu dan berdasarkan siasatan, ia mempunyai kaitan dengan suspek kes bunuh Sosilawati.
"Walaupun kehilangannya pada awal tahun ini namun laporan mengenainya baru saja diterima polis pada 8 September lalu. Ia kini dalam siasatan polis," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes bunuh seorang wanita India iaitu T.Selvi turut disyaki mempunyai kaitan dengan kes yang sama.
"Bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan meskipun suami mangsa membuat pelbagai ulasan dan mengaitkannya dengan suspek.
"Sebelum ini kami sudah melakukan siasatan awal terhadap kes itu namun sehingga kes baru melibatkan Sosilawati, belum ada petunjuk baru yang diperoleh," jelasnya.
Pun begitu, katanya, kes bunuh wanita itu tidak pernah ditutup kerana polis terus mendapatkan risikan serta maklumat untuk meneruskan siasatan.
"Sekarang kita sudah pun dapat petunjuk baru, maka kes ini terus disiasat," katanya lagi.
Selvi ditikam hingga mati di bahagian dada dan perut di kawasan rumahnya di Taman Cempaka dekat sini pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.
Suami mangsa, P. Balasandram, 54 mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu mempunyai kaitan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati.
Ini berikutan dia pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006 dengan bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.
Sosilawati bersama tiga individu lain telah dipukul sehingga mati dan kemudian dibakar dan abu dibuang di Sungai Panchau berhampiran lokasi kejadian di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat sini.
Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Kesemua mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. - sumber: MStar
Manakala menurut The Malaysian Insider, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berkata suspek utama itu yang merupakan seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini.Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lepas.
“Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Khalid berkata peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.
Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T. Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.
“Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat,” kata Khalid.
Beliau berkata polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.
“Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat,” kata Khalid.
Beliau berkata pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang melibatkan kerugian RM7.1 juta.
Ditanya sama ada peguam itu telah “membeli” polis-polis di Kuala Langat, katanya, jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng,” tegas Khalid - MI
tersangat lah kelakor, apasal la tak masuk raja lawak...sesungguhlah sejak dari tahun 2005 dah ada laporan tehadap peguam bergelar datuk ini....
nak buat statement agak-agaklah ketua polis ni pun..menampakkan kebodohan..
beberapa pendapat dari pembaca yang berjaya aku petik yang menarik bagi aku antaranya:-
dari midmando
Setiap perlakuan jenayah mesti di siasat dan di berikan hukuman. Membiarkan penjenayah melakukan jenayah yang ke dua tanpa hukuman adalah kerja gila.
Pasukan keselamatan negara adalah mencapai status gila tingkatan pertama dengan membiarkan penjenayah melakukan jenayah yang kedua, ketiga, ke empat, ke lima, ke enam dan ke tujuh...
dari antagonis33
aku simpati pada semua mangsa.. yang dibunuh secara kejam.. cuma dalam kes paling terbaru ni.. bernasib baik sangat kerana sosilawati adalah seorang personaliti yang terkenal di kalangan orang melayu.. so kehilangannya sudah pasti menimbulkan pertanyaan. andaikan sosilawati adalah seorang wanita biasa.. mati hidup balik.. polis sekadar telepon peguam pembunuh tu.. "encik.. ada bunuh ka ini orang..??".. maka jawab peguam itu.. "no body.. no murder..".. maka polis pon tutup buku.. selesai keje..
2 comments:
Salam,
Nak bercerita case perempuan India yang dibunuh didepan rumah tu. Yang saya tahu memang kecoh jugak lah di banting selepas kejadian tu. Pelik juga mcam mane case bunuh boleh tak disiasat. Padalah ada yang nampak kelibak budak lelaki yng bunuh tu ye. Dengar cerita bekas pelajat SMK SAS, sama jugak dgn Datok tipu tu, juga bekas pelajar SMK SAS...Banting ni nampak tenang, tapi bayk kongsi gelap tau. Berhati2...
kes dato sosilawati ni ada pro & consnya, harap dgn kes ini polis akan membuka mata utk membentras jenayah tegar yg dikatakan ada di banting ni...
segera perlu dibersihkan..
Jgn ada lagi kes sebegini berlaku dan terbongkar selepas 10 tahun...
Post a Comment