Thursday, September 16, 2010

Part 4: Kes Pembunuhan Dato Sosilawati



Kes Pembunuhan Dato Susilawati: Salah seorang suspek mahir selok belok jalan ladang

BANTING: Seorang daripada lapan suspek yang ditahan dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya ditugaskan untuk melupuskan bahan bukti dengan membuang kepingan zink yang digunakan membakar mayat semua mangsa ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Gelanggang Buaya, di sini sebaik semua mangsa dibunuh.

Menurut sumber, suspek terbabit mungkin beranggapan lokasi pembuangan bahan bukti itu tidak akan ditemui tambahan pula ia dihanyutkan arus selain tertanam dalam lumpur.

“Selain itu, suspek dikatakan turut mengetahui selok belok kawasan terbabit berikutan dia memang sudah biasa dengan jalan di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, segala rahsia terbongkar apabila suspek menunjukkan lokasi tempat pembuangan zink berkenaan yang dipercayai digunakan untuk tujuan membakar mangsa sebaik ditahan,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Harian Metro di lokasi penemuan barangan yang mungkin boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan terbabit, ia jelas menunjukkan individu yang terbabit berkemungkinan berasal dari kawasan sama dan mahir dengan selok-belok jalan ladang kelapa sawit berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak memaklumkan sama ada suspek berkenaan adalah remaja berusia 19 tahun yang turut ditahan bersama lapan suspek lain atau sebaliknya.

Jabatan Forensik kelmarin menemui beberapa kepingan zink yang dipercayai turut digunakan dalam insiden terbabit malah turut terdapat kesan hitam dipercayai terbakar.

Penemuan berkenaan antara beberapa petunjuk penting yang dipercayai mampu melancarkan proses penyiasatan kes berprofil tinggi terbabit selain beberapa telefon bimbit pintar termasuk jam tangan mewah dipercayai milik Sosilawati yang dibuang suspek di Sungai Kanchung Laut.

Tinjauan lanjut mendapati keadaan sungai berkenaan agak keruh dan sungai berkenaan agak dalam berikutan keadaannya yang berteluk di samping turut diselaputi lumpur. - sumber: HM



Kes Pembunuhan Dato Susilawati: Polis nafi guna khidmat bekas polis, pakar forensik Amidon Anan

BANTING: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menafikan kononnya pihaknya kini mendapatkan khidmat pakar forensik iaitu seorang bekas polis Superintendan Amidon Anan (gambar) yang pernah terbabit dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci dan pasukan sedia ada kini sedang berusaha mendapatkan bukti terbaru berhubung kes itu.

“Pihak media jangan cuba membuat spekulasi dan ketika ini polis sedang membuat siasatan,” katanya.

Harian Metro difahamkan Amidon ada dihubungi pihak terbabit bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai kes pembunuhan ini namun beliau dikatakan sedang mempertimbangkan perkara berkenaan.

Amidon Anan sebelum ini disebut-sebut akan dipanggil bagi membantu siasatan forensik di kawasan berkenaan apabila dia pernah mengendalikan kes berprofil tinggi sebelum ini. - sumber: HM





Kes Pembunuhan Dato Susilawati: Suspek beli gelaran Datuk RM180 ribu, penjual tidak dapat dikesan?

Gambar Hiasan

Dalam dicanang kehebatan polis menguraikan dengan begitu pantas pembunuhan Dato Sosilawati sehinggakan mudah mencari abu mayat mangsa di sungai, hairan lagi ajaib bagaimana polis masih tidak mampu mengurai dan mencari dalang manusia yang masih hidup yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek utama, peguam berusia 41 tahun ini, tanpa memperolehi sebarang petunjuk.

Akhbar Star hari ini telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.
Bagaimana maklumat nilaian RM180,000 dapat dihidu pihak wartawan, sedangkan dalam tempoh yang sama pihak polis terus terdiam kaku tanpa memberikan sebarang maklumat mengenai hal ini.

Akhbar sama juga menyatakan kegagalan polis;
Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.
Imej pihak polis harus segera dipulihkan, rakyat perlu dihidangkan dengan siasatan yang penuh amanah dan beretika bagi membuka segala gejala yang tidak sihat terutamanya sekiranya melibatkan kepimpinan tertinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan.

Jangan kerana nila setitik, rosak nama polis senegara.

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...