Thursday, September 16, 2010

Part 3: Kes Pembunuhan Dato Sosilawati



Kes Pembunuhan Dato Susilawati: Polis masih mencari besi tajam mencantas tandan - dipercayai membunuh mangsa


Gambar hiasan: Alatan mencantas tandan kelapa sawit

BANTING: Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.

Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.

Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.

Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka.



Kes Pembunuhan Dato Susilawati: Dua kes orang hilang ada kaitan dengan suspek kes Sosilawati

BANTING - Terdapat dua kes orang hilang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran, beliau berkata, kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu. - sumber: SH

2 comments:

ayie said...
This comment has been removed by the author.
ayie said...

saya rasa amat terharu dan sedih atas kematian dato sosilawati. tiada apa2 yang dapat saya sumbangkan kecuali doa dan al-fatihah

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...