Penjenayah telah merancang secara teliti dengan memaksa pegawai bank CIMB iaitu Noohisham menelefon isterinya dan memberitahu akan pulang selepas 3 hari. Mangsa lain tidak dibenarkan menghubungi keluarga kerana percaya berita dari Noorhisham akan tersebar kepada pihak yang lain.
Dari suara dan nada percakapan yang tergesa-gesa dan seolah-olah dipaksa, membuatkan isterinya hairan tapi masih tidak membuat laporan polis kerana percaya selepas 3 hari, suaminya akan pulang.
Baca petikan berita selanjutnya ini:
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.
Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.
Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam. Selain dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa
Kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.
“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.
“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.
“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.
Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.
Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.
Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.
“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.
“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
KRONOLOGI
Detik sebelum dibunuh
10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.
Sumber: Berita Harian
Pembakaran Mangsa Cara Tradisional Menggunakan Tahi Lembu dan Petrol
Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam.
Badan manusia yg sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau relau, dgn kepanasan 1,100°C.
Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar.
Peta Ladang Gadong dari sumber The Star
Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yg masih utuh.
Sumber : The Star
12 jam tempoh pembakaran
SHAH ALAM - Membakar mayat seorang manusia sehingga menjadi abu memerlukan kira-kira 12 jam, kata Pensyarah Tamadun India Universiti Malaya (UM), Dr M Rajantheran.
Beliau berkata, tempoh panjang itu biasanya menggunakan kayu getah.
“Sejak dahulu lagi, kaedah membakar mayat secara tradisional bagi kaum India adalah menggunakan kayu api. Kayu api itu disusun di bawah mayat bagi memudahkan proses pembakaran.
“Namun, sekarang banyak alat pembakar menggunakan gas dan elektrik yang boleh didapati sekitar ibu kota dan Petaling Jaya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Rajantheran berkata, terdapat juga kaedah pembakaran lain seperti krematorium, iaitu pembakaran menggunakan gas.
“Walaupun alat ini dianggap moden dan mendapat permintaan tinggi pada masa sekarang, namun tempoh untuk membakar mayat memakan masa sehingga 12 jam juga.
“Misalnya, kalau kita hantar mayat untuk dibakar jam 5 petang, jam 10 pagi keesokan harinya barulah mayat itu menjadi abu,” katanya.
Menurutnya, tempoh masa secara saintifik bagi membakar mayat seorang manusia masih belum dibuktikan kerana proses itu bergantung kepada keadaan fizikal mayat yang dihantar untuk dibakar.
“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum mendapat fakta mengatakan terdapat mayat dibakar dengan menggunakan najis lembu bagi mempercepatkan proses pembakaran,” katanya. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment