Api Terbang: Sekadar gambar hiasan
MALAM tadi saya sempat meninjau-ninjau sekitar Banting, Morib dan Tanjung Sepat. Nampaknya bukan saya seorang sahaja berminat untuk mendengar cerita tentang api terbang (gambar hiasan) yang kedengaran sejak tiga hari lalu. Beberapa orang yang saya temui juga ada menganggukkan kepala.
Ada satu keluarga dari Johor katanya, datang dan menginap di sekitar Banting menghabiskan satu malam meronda di sekitar sungai tempat polis mencari tulang dipercayai milik mangsa pembunuhan. Lelaki itu mendakwa mendengar cerita tentang api terbang daripada SMS yang diterimanya.
"Bukan saya nak percaya, tapi saya ni jenis nak tahu. Itu sebab saya datang ke sini. Kejadian macam ini bukan mustahil sebab semuanya kuasa Tuhan," katanya lagi.
Kami bertemu di pekan Tanjung Sepat. Dia mengajak saya bersekali dengannya untuk meninjau-ninjau kawasan itu sehingga lewat pagi tapi saya menolaknya kerana mata saya sejak kebelakangan ini jenis tak tahan lama.
Berbalik kepada certa api terbang di tepi-tepi sungai, memang pelbagai versi didengar. Ada mengatakan kejadian itu bukan berlaku sekarang, tetapi sejak beberapa tahun lalu dan ada cerita pula terdengar mengatakan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang pulang waktu malam menunggang motosikal, terjatuh kerana mendakwa terkejut nampak segumpal api terbang tidak tinggi dari kepalanya melintasi jalan.
Dan malam tadi selain nampak beberapa kereta peronda polis berulang-alik, saya juga perasan kelibat pemandu kereta yang berhenti atau memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri kawasan Sungai Kancong Laut. Berbelas motosikal mungkin ditunggang remaja kampung terdekat ke hulu ke hilir menambahkan meriah malam di kampung itu.
Kisah api terbang dan lembaga ini menjadi kisah selingan di sebalik kejutan berlaku akibat terbongkarnya kes pembunuhan berprofil tinggi sejak lebih seminggu lalu. Untuk berlaku jujur memang saya mengakui sepanjang meronda itu dua kali saya ternampak cahaya seperti luncuran bunga api, tetapi padam tidak sampai 30 saat. Kejadian pertama dilihat di kawasan kelapa sawit apabila api macam 'tuju-tuju' laju terbang dan hilang. Kedua, ketika dalam perjalanan pulang dan singgah di pantai Morib.Gumpalan api berekor nampak di atas laut sebesar genggaman tangan dan ia juga hanya dilihat seketika seperti kejadian pertama.
Demikian antara cerita orang dan realiti. Saya tidak tahu, api terbang yang dimaksudkan orang itu macam mana! Yang saya yakin, semua kejadian boleh berlaku dalam dunia ini kalau diizinkan Allah.
Cuba korang bayangkan, jika jiran korang pergi kerja dengan kapet terbang macam cerita laksamana Do Re Mi… tentu korang akan terkejut tapir!, tapi jika hari-hari korang lihat jiran korang naik kapet terbang pergi kerja maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member rapat dari jauh datang ziarah rumah korang pasti dia pulak yang terkejut tapir tengok jiran korang terbang, tapi korang akan cakap.. :
Alahai..dah ‘fesyen’ dia begitu..
Begitu jugak dengan api terbang..
Jika api terbang selalu muncul dalam rumah korang.. mula- mula, tentu korang akan terkejut tapir!, tapi jika hari-hari korang lihat tu maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member jauh korang datang ziarah rumah korang pasti terkejut pulak bila lihat api terbang dalam rumah korang, dengan selamba korang akan cakap.. :
Alahai..dan 'fesyen' dia begitu..
Dan.. Begitu jugaklah dengan kehebatan Allah..
Hari ni bila hari-hari lihat matahari terbit dari timur dan tenggelam ke arah barat..
Tiada orang yang terpegun pun…sebab dah hari-hari..
Bila turunnya hujan?
Korang tak pedulipun..
Bila berlaku gerhana?
Korang pun masih sibuk menonton TV berita pasal kes bunuh Sosilawati…
Bila berlaku angin kencang..?
Masih makan nasi ambang macam biasa.. tak ada apa apa yang pelik pun..
Malah korang akan cakap: ..dah 'fesyen' dia begitu..oh..
Tapi jika korang baca cerita Nabi SAW apabila berlaku peristiwa yang aku sebutkan di atas, barulah korang tahu bahawa betapa teruk nya aku!!!
Nabi akan bersolat bila berlaku gerhana, Nabi akan lari ke masjid bila angin kencang atau datangnya awan hitam, kerana nabi takut azab Allah…!!!
Tapi korang semua (termasuk aku) bila ada benda misteri sikit, maka apa reaksi korang?
"Oh peliknya, takjub! takjub!.. ini misteri nusantara!!! "
"Mari semua di sini ada hantu bla bla bla bla..."
"Saya lihat hantu tu makan karipap sardin"
"jangan, kawasan tu keras!!!"
"bla bla blah"!!
he he he, Cuba korang tengok belakang korang ada apa?.. ha ha ha..
0 comments:
Post a Comment