Sukan luncur udara atau paragliding agak kurang popular di negara kita. Hal in mungkin di sebabkan kurangnya pendedahan mengenai sukan ini serta keraguan akan risiko tinggi, selain ianya dianggap sukan mewah kerana memerlukan kos yang tinggi. Sebenarnya sukan ini adalah selamat sekiranya mengikuti langkah dan melalui proses latihan yang betul. Semua golongan boleh mencuba dan merasai kehebatannya.
Jadi warga banting, korang takmo cuba ker? Sebenarnya aku sendiri belum cuba....huhuhu
Sedikit info, Paragliding ini adalah diilhamkan berasaskan kepada burung helang yang terbang bebas dan megah di ruang udara.
Tapi tahukah anda, Bukit Jugra, Banting adalah merupakan lokasi paragliding yang rasmi yang juga adalah litar paragliding dunia selain di Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bahau dan Bukit Sendayan di Negeri Sembilan serta beberapa di negeri-negeri lain.
Terdapat sebuah pelantar di bahagian bawah Rumah Api yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan dari atas bukit. Pastinya kehadiran anda tidak sia-sia apabila dapat melihat pemandangan lembangan Sungai Langat yang mengalir ke muara dan membentuk Selat Melaka.
Sedikit sedutan video yang dipetik dari Youtube
13 comments:
blum cube la, gayat, mugkin takkan cuba, hihihi
terima kerana menwarkan sungai lang homestay
interested na join team paragliding.
can u tell me how ?
:)
jayLa atau rakan lain andai berminat, sila hubungi:
MALAYSIA’S FIRST PARAGLIDING SCHOOL
(PERSATUAN LUNCUR UDARA MALAYSIA)
MALAYSIA PARAGLIDING AND HANG GLIDING ASSOCIATION
C-9-2 GURNEY HEIGHTS
JALAN BUKIT KERAMAT
54000 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
Jurulatih PLUM di talian 019-373 4858 atau 012-648 3849.
E-mail:
plummalaysia@yahoo.com
pgmalaysia@hotmail.com
brape kne bayar untuk try sukan ni??
sy akan memberanikan diri utk mencuba sukan luncur udara ni..walaupun sy gayat
3hb. November 2012 (Sabtu), Majalah 3 ada menayangkan slot rencana mengenai sukan ini di Bukit Jugra. Sayangnya, tiada sebarang kenyataan mengenai harga bayaran untuk sekali "terbang". Mohon kerjasama pengarang artikel ini supaya dapat memberitahu berapakah bayaran untuk sekali "terbang"?
Saya dahului dengan ucapan salam hormat dan terima kasih diatas kerjasama anda.
Saya pun berminat juga nak cuba sukan ni. Berdasarkan laman web, harga bagi yang nak mencuba adalah RM 120 untuk sekali. Anda akan dibawa terbang bersama pakar selama 10 - 15 minit (bergantung kepada keadaan angin).
kenapa nO phOne yg ttera ade lah nO Org laen ??
yg 019 tu plak tiade dlm pkhidmatan...agak2 la wei
RM120 sekali fly?mcm tertarik..mcm nk hubungi pihak berkenaan?
>>k<<
mana nak register? mana nk booking? Cari official website pun takda. Berminat nak try ni. Please help
Mcm bminat nk try terbang...mcm best jer..nk try la..
Salam...
Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) telah bertukar no telefon 0193564061 atau 0173706817. PLUM telah bertapak di kaki Bukit Jugra iaitu di Paragliding Flight Park. Boleh juga dihubungi melalui Facebook.
Post a Comment