Wednesday, August 11, 2010

Satu Malam di Uptown Banting


Warga Banting.. kini anda tidak perlu lagi untuk membuang masa menempuh perjalanan yang jauh ke ibu kota kerana kini warga banting sudah memiliki Uptown sendiri yang dikenali Uptown Banting yang telah dibuka untuk orang ramai membeli-belah.
antara pengunjung yang window shopping di Uptown Banting


Sesak! diwaktu puncak

Uptown Banting sebenarnya dibuka secara rasminya pada 20 march 2010, mempunyai lebih 300 unit lot tapak berkanopi untuk disewakan kepada peniaga-peniaga yang berminat khasnya untuk peniaga disekitar Kuala Langat dan terbuka kepada semua peniaga di Malaysia amnya. Terdapat 2 jenis lot tapak iaitu:

1. 10′ x 10′
2. 10′ x 20′

Untuk maklumat dan tempahan, sila hubungi:

No. 7B, Jalan Cemerlang 2,
Banting Business Centre,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
013-2781150 – Heri

Kepada pembaca yang tidak mengetahui dimana letaknya Uptown Banting boleh lihat peta yang dilampirkan dibawah:-

Yang bertanda bulat merah itulah lokasi letaknya Uptown Banting. (klik gambar untuk lebih jelas)


Lokasi Uptown Banting ini sememangnya strategik di kawasan Pusat Perdagangan Banting. Bersebelahan dengan McDonald Banting yang beroperasi 24 jam. Juga berdekatan dengan Bank Islam dan tidak berapa jauh dengan Stesen Bas banting dan Teksi dan juga beberapa bank. Ia dapat dilihat dari atas jambatan yang menyeberangi Sungai Telok Datok.

McD Banting
McD Banting, dibuka 24 jam...melantak sampai lebam

Untuk lebih jelas, sila lihat gambar kawasan disekitar Uptown Banting....selain macam-macam ada di Uptown, ia juga dikelilingi pelbagai restoran seperti MY TASTE Kopitiam, Ani Sup Utara, MOHIDEEN Curry House, Kedai alat telekomunikasi,Kedai aksesori wanita, Pusat kecantikan, Kolam memancing udang dan sebagainya.

MY TASTE Kopitiam, Banting




Ani SUP Utara, Banting

Produk Kesihatan HERBALINE & MAA Assurance

Mamak Stall - MOHIDEEN Curry House

Tempat kaki pancing lepas gian - Kolam Memancing Udang

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...