Thursday, August 5, 2010

Pantai Morib



Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.



Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).

Alamat Lokasi : Perjalanan untuk ke sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.

Untuk sampai ke Morib melalui bas, anda cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang. Setibanya di Banting, anda boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib ataupun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting.

2 comments:

Anonymous said...

boleh saya tahu berapa jauh morib dari kuala lumpur?? dan makan berapa jam untuk ke sana?

eryeyn idris said...

Assalamualaikum....boleh sy taw brapa jauh dari LCCT ke Morib, dan berapa tambang teksi ke sana??anggaran

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...