Tuesday, July 5, 2011

Tasik Banting Baru, Banting | Khas Buat Kaki Pancing

0 comments
Salam warga Banting..

Entri kali ini khas buat peminat-peminat kaki pancing tegar di sekitar banting mahupun di sekitar lembah kelang yang ingin merasai nikmat sentapan sang pantin di Tasik Banting Baru.


Untuk makluman, Tasik Banting Baru ini juga merupakan salah satu tempat pertandingan memancing GP selangor yang telah diadakan pada 19 Jun 2011 lalu

Berita Pertandingan GP Memancing Selangor 2011: Tuah tentera dapat RM30,000

Meriah Cukup Meriah: Permandangan suasana ketika berlansungnya GP Memancing Selangor 2011 Julai lalu di Tasik Banting Baru


Tasik Banting Baru, Jugra, Banting, Selangor


View Larger Map

Monday, June 20, 2011

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang

0 comments


Pembinaan Persimpangan Bertingkat menghubungkan Sungai Buaya dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal dibina dijangka dibuka kepada lalu lintas pada 2013.

Hadir di majlis pecah tanah projek itu pagi tadi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Bernilai 100 juta ringgit pembinaannya akan memendekkan jarak perjalanan sedia ada sehingga 32 kilometer.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid ( kanan) mengenai projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Hulu Selangor pada Ahad.- fotoBERNAMA


DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR / MENTERI KERJA RAYA berkata:
"Apabila persimpangan sepanjang 1.5 kilometer dengan kos RM87 juta itu siap, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan."

"Kalau diikutkan harga sebenar pembinaan persimpangan tersebut ialah lebih dari RM100 juta tetapi kerajaan pusat prihatin dengan membayar tambahan sebanyak RM20 juta untuk pengambilihan tanah ini manakala kos pembinaan(persimpangan) ditanggung oleh pihak Plus."


Sumber:
Berita Harian - Plus bina persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Alor Pongsu, Bukit Gambir
MStar - Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang

Tuesday, May 17, 2011

Uptown Banting Baru @ Bazar Rakyat di Banting

0 comments
Uptown Banting Baru @ Bazar Rakyat di Banting yang baru telah dibuka selepas Uptown Banting asal yang dibuka berdekatan McD ditutup diatas masalah pengurusan Uptown sebelum ini yang gagal dalam pengurusannya, menurut kata-kata peniaga, pengurusan uptown sebelum ini menghadapi masalah apabila gagal atau lebih senang aku katakan disini berhutang bil air dan api hampir beribu-ribu. Ini termasuklah masalah pengaliran, kehilangan barang jualan yang ditinggalkan di gerai dan hal-hal peniaga yang tidak diuruskan dengan baik. Itulah kalau orang melayu! kadang-kadang orang melayu ini baru saja mula jadi 'tokei' dah berlagak! Tak sampai setahun dah lingkup!

Aku harap Uptown Banting Baru @ Bazar Rakyat ini dapat terus kekal dan memberikan peluang-peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar banting.

Banner yang tertera 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown' akan menyambut kedatangan pengunjung-pengunjung

Laluan masuk alternatif belakang ke 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown' yang juga menjadi tempat parkir yang lebih selesa untuk pengunjung.

Antara gerai-gerai yang terdapat di 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown' yang menawarkan pelbagai barangan/ produk untuk anda di Banting.

Gerai jualan yang menawarkan barang mainan khusus untuk kanak-kanak yang pastinya menarik perhatian! Awas! mak bapak, rayuan anak-anak anda.

Lagi gerai-gerai yang terdapat di 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown' yang menawarkan pelbagai barangan/ produk termasuklah 'top-up kredit' hp.

Beberapa pengunjung yang hadir 'window shopping' di 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown'.

Waktu ini jam sekitar 8 lebih malam, pengunjung terus memenuhi 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown'.

Gerai makanan dan minum yang juga terdapat di 'Bazar Rakyat di Banting @ Uptown' menawarkan stesen untuk menghilangkan haus dan lapar anda, disamping disediakan skrin TV.

Lokasi ke Uptown Banting Baru @ Bazar Rakyat di Banting:-


View Larger Map

Thursday, May 12, 2011

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Banting

0 comments


Salam buat warga Banting. Nampaknya sejak beberapa hari ini suhu disekitar negara berada pada tahap yang agak tinggi. Suhu yang agak tinggi tanpa hujan ini menyebabkan suasana yang kurang selesa dikalangan penduduk di Banting. Terutamanya apabila tiba waktu tengahari, bahang terasa macam duduk sebelah unggun api! Tapi tak la dekat sangat, agak jauh lah skit! huhuh. Aku rasa berapa liter padu air jugaklah dah hilang dari badan ini?

Taufan Tropika Aera
Fenomena Taufan Tropika Aera yang sedang melanda di utara Filipina dikatakan sebagai sebab apabila tuafan ini telah meniup anign dari barat daya dan seterusnya mengurangkan kelembapan udara. Bila dah kurang lembap maknanya penghasilan hujan pun kurang, sekaligus membuatkan rasa panas. Panas tanpa hujan telah menghasilkan satu masalah baru iaitu jerebu.

Jerebu
Sejak dua tiga hari ini, keadaaan jerebu dilihat mula menampakkan semakin serius di sekitar negara. Jerebu dah makin serius terutamanya di Selangor ini, apabila perlabuhan kelang mencatatkan catatan IPU yang tertinggi dengan 102 dengan Banting juga dalam sekitar 94-96. Sekiranya keadaan tidak hujan atau angin, mungkin tahapnya tidak banyak berubah, mungkin juga lebih tinggi pada esoknya.


Kategori Tahap IPU

Berikut adalah Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Selangor, yang memperlihatkan Banting mencatatkan bacaan kedua tertinggi selepas Pelabuhan Klang.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tempat-tempat utama seluruh negara. Anda boleh layari laman web Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan ini.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...