Monday, June 20, 2011

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang



Pembinaan Persimpangan Bertingkat menghubungkan Sungai Buaya dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal dibina dijangka dibuka kepada lalu lintas pada 2013.

Hadir di majlis pecah tanah projek itu pagi tadi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Bernilai 100 juta ringgit pembinaannya akan memendekkan jarak perjalanan sedia ada sehingga 32 kilometer.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid ( kanan) mengenai projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Hulu Selangor pada Ahad.- fotoBERNAMA


DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR / MENTERI KERJA RAYA berkata:
"Apabila persimpangan sepanjang 1.5 kilometer dengan kos RM87 juta itu siap, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan."

"Kalau diikutkan harga sebenar pembinaan persimpangan tersebut ialah lebih dari RM100 juta tetapi kerajaan pusat prihatin dengan membayar tambahan sebanyak RM20 juta untuk pengambilihan tanah ini manakala kos pembinaan(persimpangan) ditanggung oleh pihak Plus."


Sumber:
Berita Harian - Plus bina persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Alor Pongsu, Bukit Gambir
MStar - Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...