Sunday, March 27, 2011

Memalukan Budak Banting


Alahai budak Banting

KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.

“Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.

Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

“Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.

“Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.

berita penuh: Harian Metro


Alahai wartawan pun satu hal! cubalah ayat tu tak payah menggunakan nama Banting, merosakkan imej Banting je la!

Buatlah tajuk lain contohnya :-
"Budak 16 tahun kemaruk seks"
"Budak sekolah sanggup redah 160km untuk melanggan pelacur"
"Baru 16 tahun dah mula ketagih seks - Sok dah besar nak jadi apa?"
"Budak melanggan pelacur mengguna alasan 'pembakar semangat' untuk duduki SPM"

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...