Sunday, April 24, 2011

Fenomena Kes Kecurian dan Pecah Rumah Membimbangkan di Banting, Kuala Langat

1 comments
Seperti yang diminta dari kawan kita; Wajie Dragz WTi menyarankan aku supaya membuat satu post mengenai kes kecurian..kecurian pecah rumah amat membimbangkan sekarang di kampung-kampung di banting.

Jadi aku cuba berkongsi disini, dan mungkin anda ada yang berhadapan kes-kes sebegini, boleh berkongsi disini! Sememangnya walau dimana kita menetap aspek keselamatan merupakan asas kesejahteraan dan salah satu elemen yang menentukan kualiti sesebuah kejiranan. Masyarakat menjadi tidak selamat sekiranya insiden jenayah berleluasa dan tidak terkawal. Keadaan sedemikian boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat dan seterusnya kesejateraan dan kualiti kejiranan berkenaan.

Pada umumnya, kejiranan di kawasan pinggir Lembah Klang-Langat boleh dianggap selamat pada 10 tahun lalu. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dilaporkan Lebih 73 peratus ketua isi rumah (KIR) berpendapat kejiranan mereka masih selamat untuk dihuni (Jadual dibawah).


Namun kini, dengan bertambahnya gejala sosial seperti ketagihan dadah, pergaulan bebas, pengangguran, kebanjiran pekerja asing di kawasan kampung-kampung sekitar banting, secara tidak langsung keadaan menjadi semakin agak membimbangkan. Gejala sosial ini sering dikaitkan dengan insiden jenayah seperti kecurian kereta, motorsikal, basikal, kasut dan harta benda yang lain. Kebimbangan isi rumah di sini lebih banyak dikaitkan dengan jenayah pecah rumah dan rompakan diikuti dengan kegiatan samun dan peras-ugut.

Berikut beberapa petikan dari akhbar-akhbar tempatan mengenai kes-kes kecurian yang berlaku di sekitar Banting/ Kuala Langat.

Petikan 27 Januari lalu di Sinar Harian: Lima pelajar sekolah curi motosikal ditahan

KUALA LANGAT: Polis menahan lima remaja termasuk empat yang masih bersekolah, dipercayai anggota kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di sekitar daerah ini, Puchong dan Shah Alam dalam beberapa tangkapan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zulkifli Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 17 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Teluk Datok dan Banting di sini dan Klang dekat sini selepas polis mendapat maklumat berhubung kes kecurian motosikal.

Beliau berkata hasil siasatan kesemua suspek terbabit, polis menemui beberapa rangka motosikal yang enjinnya dipercayai diceraikan oleh kumpulan remaja terbabit. berita penuh: klik sini!

Petikan 27 Januari lalu di Sinar Harian: Jenayah dilapor tidak serius

BANTING -Geng curi motosikal di Pekan Banting berjaya ditumpaskan kelmarin oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui kerjasama kerjasama polis bantuan dan maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, dengan tertangkapnya empat lelaki berkenaan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di daerah itu.

Menurutnya, beliau memuji sikap prihatin orang awam yang benar–benar menunjukkan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes curi motosikal menjadi kerisauan masyarakat turut berpunca daripada kelalaian pemilik motosikal itu sendiri yang tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan pada motosikal masing-masing. berita penuh: klik sini!

Petikan 27 Mac di Berita Keselamatan & PDRM: Kumpulan curi motosikal tumpas

BANTING -Geng curi motosikal di Pekan Banting berjaya ditumpaskan kelmarin oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui kerjasama kerjasama polis bantuan dan maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, dengan tertangkapnya empat lelaki berkenaan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di daerah itu.

Menurutnya, beliau memuji sikap prihatin orang awam yang benar–benar menunjukkan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes curi motosikal menjadi kerisauan masyarakat turut berpunca daripada kelalaian pemilik motosikal itu sendiri yang tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan pada motosikal masing-masing.

“Penunggang motosikal dinasihatkan perlu berwaspada dengan keadaan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika sambutan Hari Polis ke-204 di IPD Kuala Langat, semalam. berita penuh: klik sini!


Apa yang aku lihat kat sini, kes-kes seperti kecurian motor dan pecah rumah, terutama sekali kehilangan motor ini juga banyak melibatkan anak-anak muda di kampung itu sendiri juga. Kebanyakan dari mereka ini kalau dilihatkan dari latar belakang yang 'tidak menghabiskan persekolahan'. Hal sebegini sebenarnya bukan sahaja berlaku di tempat kita tapi juga dialami di tempat lain, Sebagai contoh di kawasan tempat aku, Sungai Buaya...ramai yang aku lihat tidak menghabiskan persekolahan mereka, mereka berhenti setakat tingkatan 1 atau sebelum tingkatan 3. Puas di suruh di marah Ibu Bapa mereka, tapi mereka tak mahu. Jadi apa yang akan berlaku pada budak-budak sebegini....Apakah pekerjaan yang mereka akan lakukan...Adakah meneruskan menurut kerja-kerja yang dilakukan oleh orang tua mereka seperti mengambil upah berkebun atau seangkatan dengannya.

Kalau yang terus mengikut bekerja dengan orang mereka takpe la jugak! Tapi ada tu, terjebak dengan masalah ketagihan dadah dan kes-kes jenayah lain. Ini di sebabkan ketiadaan kerja, Dimana kemahuan mereka yang masih muda untuk mendapat sesuatu untuk keseronokkan seperti motor tidak dapat dipenuhi. Di sini peranan ibu bapa sangat penting, kawal selia anak kita apa yang dilakukan....Mungkin ada yang katakan kita tidak boleh mengongkong! Tapi adakah dengan membiarkan...Itu jalan terbaik! Itu anak kita, kalau buruk yang dilakukan, kita juga yang menanggung sama begitu jua sebaliknya.




Berikut beberapa langkah keselamatan yang simple! tetapi malas sangat kita nak pastikan kepada semua pemilik motorsikal

Kecurian motorsikal semakin berleluasa akhir-akhir ini. Untuk itu, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil antaranya :

1) Pastikan motorsikal berkunci dengan memasang beberapa alat pengunci tambahan (rantai atau pad lock).

2) Meletak motorsikal ditempat terang dan boleh dilihat.

3) Sekiranya melihat individu dalam keadaan mencurigakan, hubungi pihak keselamatan atau AJK yang dikenali

Suara dari Ladang Gadong, Morib, Banting

0 comments
Gambar hiasan: Suara meminta tolong kedengaran di Ladang Gadong

Ini cerita yang aku terbaca dari sumber blogger yang belum tentu kesahihannya cerita. Ia dikatakan datangnya dari sebuah warong kopi di Banting. Suatu malam sipencerita melintasi laluan berhampiran Ladang Gadong untuk pulang kerumahnya Kg Batu Laut Tanjung Sepat. Malam itu malam jummat (Biasanya! kalau cerita seram mesti nak kata malam jumaat!). waktu melintasi kawasan tersebut pada jam 12 malam. Penceritaan diwarong kopi yang dipenuhi dengan pelanggan waktu sarapan pagi antara jam 10.30 - 11.30 pagi.

Oleh kerana hebatnya aksi dan gaya sipencerita sampai ada yang terlopong mendengarkan penghayatan sipencerita tersebut diwarong kopi tersebut.

Sipencerita mengatakan dia terdengar dikesunyian malam ketika melintasi Ladang Gadong itu, terasa kenderaannya diperlahankan secara tiba-tiba, sedangkan dia berkeinginan untuk memecut laju ketika melintasi kawasan itu. Suasana mendung dan hujan renyai mulai turun. dia seolah-olah melihat ada cahaya berkelip-kelip dicelah-celah rimbunan pepohon kelapa sawit Ladang Gadong.

Tiba-tiba Sipencerita terdengar suara dalam kesayupan.
"Tolooooongggggggg........... Tooooloooongggggg......."
Suara orang meminta tolong antara dengar dengan tidak. Meminta belas kasihan, meminta pertolongan.

Sambungnya lagi. "Tooolooonggg..... ! carikan tangan akuu...., carikan kaki akuuuu.....!"
Suara itu berulang-ulang beberapa kali sehinggalah bulu romanya menegak seluruhnya dan kemudian dia memecut laju memacu kenderaannya untuk terus pulang kerumahnya.

AMARAN SPEKULASI :

Awas yer.... Ini adalah cerita yang diceritakan oleh sipencerita, Kebenarannya adalah diragui. Kita sebagai umat Islam jangan sesekali cepat percaya dengan kisah-kisah pendongengan seumpama ini. Apa yang harus kita perakui adalah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT semata-mata. Tiada lain selainnya yang maha Besar dan Maha Berkuasa. Dia yang kita sembah, tiada selainnya. Ungkapkan lah zikir, Fatihah, Yasin dan ayat-ayat al-Quran untuk dihadiahkan kepada roh-roh mangsa dan doakan kesejahteraannya, doakan keampuan Allah terhadapnya. Muga-muga aman rohnya, mendapat rahmat Allah SWT.

Kepada yang hendak bercerita, itu adalah hak individu, cuma kita yang mendengar sebarang cerita-cerita seumpama ini jangan tergoda oleh kehebatan aksi-aksi dan gaya persembahan ceritanya, dibimbangi ia boleh memesongkan akidah kita sebagai umat Islam.

Segala apa yang berlaku di Ladang Gadong adalah ketentuan Allah SWT yang pastinya memberikan suatu kebaikan kepada kita semua kerana sesuatu kejadian yang didatangkan oleh Allah pasti tersembunyi akan hikmah kebaikannya . Maka itu apabila kita mendengar dongengan seumpama ini, senyumlah sahaja dan kemudian beristiqfar, berzikir dan bacakan ayat-ayat al-Quran dengan segera sebagai pendinding godaan syaitan.

Doa Pendinding Diri - Ruqyah Jibril

Maksudnya : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)


Sumber: ms.shvoong & islam2u.net

Kerepek House, Banting

0 comments


Perusahaan Fazz Enterprise Kerepek House pastinya menjanjikan anda 'rambang mata' untuk membuat pilihan dengan pelbagai kerepek yang ada antaranya kerepek ubi kayu perasa masin, pedas kering, pedas basah, manis, tawar lemak, barbeku (BBQ), selain turut menghasilkan kerepek jejari ubi. Makanan ringan lain termasuklah kerepek pisang, rempeyek, kerepek kentang, keropok kacang dal, keropok keju, kacang rani, bahulu Kemboja, bangkit kelapa, kerepek pisang salai, kerepek bawang dan lain-lain lagi.

Kerepek House | Kosmo : Kerepek 7F ke luar negara

Rambang mata dan tangan: Sebahagian daripada kerepek yang terdapat di Kerepek House.
 Sumber gambar: A Homemaker’s Diary


Pelan arah lokasi

Untuk ke Kerepek House, Ia amat mudah kerana letakkannya di main road, anda tidak perlu untuk masuk dijalan kampung atau kelapa sawit. Bermula dari hospital banting di sebelah kanan, akan hanya perlu menuju terus sampai menjumpai simpang 4 yang ada traffic light; ambil laluan kiri, kemudian ke depan skit masuk ke lalu kanan dari situ anda akan nampak signboard Fazz Enterprise Kerepek House sebelah kanan. Kalau dah nampak tu! Dah nak sampailah tu.






View Larger Map

Tuesday, April 19, 2011

Hotel Impian Morib, Banting

0 comments
Hotel Impian Morib
Tel : 03-31982070 /2512/2417/2416
Fax : 03-3198 2052
Untuk tempahan secara online: klik sini!

Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 30 minit ke Impian Morib Hotel terletak dari Kuala Lumpur International Airport.

Beberapa petikan gambar diambil di Impian Morib di sepanjang Pantai Morib. Sangat teruja rupa-rupanya terdapat sebuah resort yang menarik dan terbaik untuk menginap bagi pengunjung yang ingin bercuti di Morib terutamanya ketika Morib sedang giat dalam proses pembangunan/ pembersihan dari MDKL.


Permandangn kolam renang yang mengindahkan lagi kawasan Hotel Impian Morib. Jelas di air kolam yang tergambar refleksi bangunan.


Di awal pagi, embun yang masih membasahi rumput! Sungguh mendamaikan dan mengasyikkan di samping kedengaran deruaan ombak pantai yang berdekatan.



Ia pasti bakal menjadi tempat percutian minggu anda untuk hari minggu. Kadar sewa bilik sekitar RM 180 + + satu malam. Sangat berbaloi! Berikut petikan gambar-gambar lain untuk tatapan anda.






Pelan Lokasi ke Hotel Impian Morib

View Larger Map

Tuesday, April 12, 2011

Peluang Pendidikan di Banting, Selangor

0 comments



Seperti yang kita tahu, para pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM 2010 telah pun memperolehi keputusan penuh SPM 2010 mereka masing-masing. Dengan calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

Seperti yang kita tahu, peperiksaan SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Jadi selepas itu, dimanakah langkah seterusnya mereka ini.

Bagi yang mencari pilihan untuk melanjutkan pelajaran di Banting, Selangor.

Berikut, Ini dia terdapat beberapa pilihan untuk anda antaranya Kolej Matrikulasi Selangor, Politeknik Banting, Kolej Komuniti Kuala Langat, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dan lain-lain.

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

- Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya.
Laman web: http://www.kms.matrik.edu.my/
Pelan lokasi: klik sini!

Politeknik Banting

Lot 1-5A, Jalan Emas 2
Bandar Baru Sungai Emas
Sungai Manggis
42700 Banting, Selangor
Tel: 03-3187 5600
Fax: 03-31872100
Laman web: Politeknik Banting, Selangor
Pelan lokasi: klik sini!

Kolej Komuniti Kuala Langat

Mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003.

Ia menawarkan dua kursus peringkat sijil iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Perakauan Perniagaan untuk pengambilan pertama. Kursus Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan), Sijil Pembuatan Perabot dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.
Laman web: http://www.kkkla.edu.my/
Pelan lokasi: klik sini!

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat

Di bina pada 04 Februari 2003 dan telah siap dengan jayanya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina diatas sebahagian dari sebuah ladang kelapa sawit berkeluasan 60 ekar. Kerja-kerja pembersihan kawasan ini telah bermula pada akhir bulan Februari dan awal bulan Mac 2003. Ianya terletak lebih kurang 4km dari pekan Banting menuju ke arah kg Jugra dan Pengkalan TUDM.
Laman web: Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
Pelan lokasi: klik sini!

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...